Tags
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
اما بعد
Berakta sebahagian ulama:
زِيْدَ مَ قَامَ مَاانْتَقَلْ مَاكَمِنَا * مَاانْفَكَّ لَاعُدْمَ قَدِيْمٍ لَاحِنَا
“Perkara yang lebih itu tidak berdiri dengan sendirinya, dan tidak berpindah-pindah, dia tidak bersembunyi, dia tidak terlepas, tidak ada ‘adam bagi yang qadim dan tidak ada bagi segala yang baru itu yang tidak mempunyai permulaan baginya.”
Alam adalah hadits (ciptaan, baru) dan tersusun dari dua haditsain yaitu jirim (dzat) dan ‘aradh/’arodl (sifat).
Ketahuilah bahawa pada dalil kebaruan alam terdapat tujuh ciri yang terkenal dengan sebutan Matholib Sab’ah (Tuntutan Tujuh) iaitu:
1. Tetapnya sesuatu yang lebih (berdiri) atas/pada Ajram (mufrad jirim) yang diibaratkan dengan ‘Aradh.
Lafaz/kalimat زِيْدَ adalah bantahan kepada ahlul Falsafah yang tidak menerima tetapnya sesuatu yang lebih atas Ajram sehingga sah pendalilan dengannya atas barunya Ajram. Dalil tetapnya sesuatu yang lebih yakni ‘Aradh adalah مُشَاهَدَةُ penyaksian.
2. Tetapnya hal (keadaan) ‘Aradh itu tidak berdiri dengan sendirinya (bolehnya sifat merdeka dari mausuf).
Lafaz مَقَامَا (dengan membuang huruf ا alif pada مَا kerana wazan) adalah bantahan kepada mereka yang tidak menerima ketiadaan ‘Aradh (عَدَمُ الْاَعْرَاضِ) dengan alasan boleh ia berdiri dengan sendirinya jika jirim tidak bersifat dengannya. Dalil bahawa ‘Aradh itu tidak berdiri dengan sendirinya adalah: Tidak masuk akal adanya sifat dengan tanpa mausuf (yang disifati) , maka tidak masuk akal umpamanya adanya gerakan dengan tanpa yang bergerak.
3. Tetapnya keadaan ‘Aradh itu tidak berpindah-pindah dari satu jirim ke jirim yang lain (tidak berpindah sifat pada satu mausuf kepada mausuf yang lain).
Lafaz مَاانْتَقَلَ adalah bantahan kepada mereka yang tidak menerima عَدَمُ الْاَعْرَاضِ dengan alasan bolehnya ‘Aradh berpindah dari satu jirim ke jirim yang lain. Dalil bahawa ia tidak berpindah ialah jika ia berpindah maka jadilah dia sesudah berpisah dengan yang pertama dan belum sampai pada yang kedua berdiri dengan sendirinya sedangkan keadaan yang seperti itu sudah dibatalkan/batal.
4. Tetapnya keadaan ‘Aradh itu tidak bersembunyi (sifat bersembunyi dalam mausuf).
Lafaz مَاكَمِنَا adalah bantahan kepada mereka yang tidak menerima عَدَمُ الْاَعْرَاضِ dengan alasan boleh ‘Aradh bersembunyi pada Jirim seperti bersembunyinya gerakan pada Jirim ketika Jirim itu diam sedangkan berkumplnya dua yang berlawnan (gerak dan diam) adalah batal.
5. Tetapnya keadaan Ajram sebagai yang melazimi bagi ‘aradh (sifat dan mausuf saling mulajamah – melazimi).
Lafaz مَاانْفَكَّ adalah bantahan kepada mereka yang tidak menerima “Pelaziman Jrim bagi ‘Aradh” dengan alasan bolehnya “Aradh itu terlepas dari Jirim”. Dalil bahawa ‘Aradh tidak terlepas dari Jirim adalah tidak masuk akal adanya Jirim kosong dari gerakan dan kosong pula dari tanpa gerakan kerana mustahil terangkatnya dua yang berlawanan.
6. Tetapnya keadaan yang qadim menjadi tidak ada (bahwa yang qodim itu tidak ada wujudnya kecuali wajib, maka qodim tidaklah menerima ketiadaan, karena sesuatu yang adanya itu wajib maka mustahil menerima ketiadaan, sedang ‘Aradh itu hadits – baharu – menerima tiada maka mustahil ‘Aradh itu qadim).
Lafaz لَاعُدْمَ قَدِيْمٍ adalah bantahan kepada mereka yang tidak menerima barunya ‘Aradh dengan alasan bahawa sesuatu itu qadim dan menerima ketiadaan. Dalil bahawa yang qadim itu tidak menerima ketiadaan adalah bahawa yang qadim tidak ada wujudnya kecuali wajib maka ia tidak menerima ketiadaan.
7. Mustahil segala yang baru (yang diciptakan), tidak ada permulaan baginya.
Lafaz لَاحِنَا yang merupakan potogan dari perkataan لَا حَوَادِثَ لَا اَوَّلَ لَهَا (tidak ada segala yang baru, tidak ada permulaan baginya) adalah bantahan kepada mereka yang tidak menerima bahawa لَا حَوَادِثَ لَا اَوَّلَ لَهَا dengan alasan bolehnya ‘Aradh itu sebagai حَوَادِثَ لَا اَوَّلَ لَهَا (segala yang baru yang tidak ada permulaan baginya) maka jadilah yang melazimi itu qadim. Dalil bahawasanya لَا حَوَادِثَ لَا اَوَّلَ لَهَا adalah jika sesuatu itu حَوَادِثُ lazimlah ia memiliki permulaan. Maka perkataan mereka dengan لَا حَوَادِثَ لَا اَوَّلَ لَهَا menimbulkan adanya perlawan (tanaqud).
Berkata Syeikh Baijuri “Matholib Sab’ah” ini hanya dpat diketahui oleh orang-orang yang rasikh yang sangat dalam ilmunya.
Dan berkata Imam As-Sanusi bahawa dengan “Matholib Sab’ah” inilah si mukallaf akan selamat dari pintu jahanam yang tujuh!
والله أعلم بالصواب
ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻚَ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻙَ ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻻَ ﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧْﺖَ ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻙَ ﻭَﺃَﺗُﻮْﺏُ ﺇِﻟَﻴْﻚ
“Maha suci Engkau wahai Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.”
كِفَايَةُ الْعَوَامِ فِي عِلْمِ الْكَلَامِ
Tawadhu‘