Tags

, , ,

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُal-hayat

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

اما بعد

Lanjutan dari Aqidah 50 9: Sifat Al-Ilmu

Firman Allah سبحانه وتعال:

إِنَّمَآ أَمۡرُهُ ۥۤ إِذَآ أَرَادَ شَيۡـٴً۬ـا أَن يَقُولَ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ (سُوۡرَةُ یسٓ : ٣٦ : ٨٢)

“82. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka terjadilah ia.” (Surah Yasin: 36: 82)

Berkata Musannif Syeikh Muhammad bin Asy-Syafi’i Al-Fudholi Asy-Syafi’i  رحمه الله dalam melanjut tulisan risalah Tauhidnya كفاية العوام:

الصفة العاشرة الواجبة له تعالى الحياة وهى صفة تصحح لمن قامت به الادراك كالعلم والسمع والبصر اى يصح ان يتصف بذلك

“الصفة العاشرة Sifat kesepuluh الواجبة له تعالى yang wajib bagi Allah Ta’ala الحياة (ialah) Hayat (hidup). وهى صفة تصحح Dan ia ialah satu sifat yang mensahihkan لمن قامت به bagi orang yang ia (Hayat itu) berdiri dengannya ادراك akan idrak (pencapaian) كالعلم  seperti ilmu, والسمع sama’, والبص dan basyar اى dalam erti ia يصح ان يتصف sah untuk bersifat بذلك dengan yang demikian itu.

ولا يلزم من الحياة الاتصاف بالادراك بالفعل  وهى لا تتعلق بشئ موجود او معدوم

“ولا يلزم Dan tidak lazim من الحياة dari hayat itu الاتصاف bersifat  بالادراك  dengan idrak tersebut بالفعل dengan perbuatan. وهى Dan ia (hayat itu) لا تتعلق tidak ta’alluq بشئ dengan sesuatu موجود (baik) yang maujud او  ataupun معدوم yang ma’dum.

والدليل على وجوب  القدرة والارادة والعلم والحياة وجود هذه الخلوقات لانه لوانتق شيئ من هذه الاربعة لما وجود مخلوق فلما وجدت المخلوقات عرفنا ان الله تعالى متصف بهذه الصفات

“والدليل على وجوب Dan dalil atas wajibnya القدرة والارادة والعلم والحياة kudrat, iradat, ilmu dan hayat وجود (adalah) wujudnya هذه الخلوقات (sekalian) makhluk ini لانه kerana لوانتق شيئ kalau terhapus sesuatu من هذه الاربعة dari yang empat ini لما وجود مخلوق nescaya tidak didapatkan satu makhlukpun. فلما وجدت المخلوقات Maka tatkala didapatkan sekalian makhluk ini عرفنا ان الله تعالى tahulah kita bahawa Allah Ta’ala متصف bersifat بهذه الصفات dengan sifat-sifat ini.

ووجه توقف وجود هذه المخلوقات على هذه الاربع ان الذى يفعل شئا لا يفعله الا اذا كان عالما بالفعل ثم يريد الامر الذى يفعله وبعد ارادته يباشر فعله بقدرته ومن المعلوم ان  الفاعل لابد وان يكون حيا

“ووجه توقف Dan bentuk (dari) tergantungnya وجود هذه المخلوقات wujud sekalian makhluk ini على هذه الاربع atas yang empat ini ان الذى (adalah) bahawa orang yang يفعل شئا mengerjakan sesuatu لا يفعله tidaklah dia akan mengerjakannya الا kecuali اذا كان jika dia عالما بالفعل mengetahui dengan perbuatan (iaitu sesuatu itu) ثم يريد kemudian dia menghendaki الامر perkara الذى يفعله yang akan dia kerjakan itu وبعد ارادته dan sesudah menghendakinya يباشر maka dia (akan) langsung فعله  mengerjakannya بقدرته dengan kudratnya ومن المعلوم dan sudah merupakan perkara yang maklum ان  الفاعل bahawa yang mengerjakan tersebut لابد tidak dapat tidak وان يكون حيا dia haruslah orang yang hidup.”

والعلم والاراة والقدرة تسمى التأثير لتوقف التأثير عليها لان الذى يريد شيئا ويقصده لابد وان يكون عالما به قبل قصده له ثم بعد قصده له يباشر فعله

“والعلم والاراة والقدرة Dan ilmu, iradah serta qudrat تسمى dinamakan التأثير dengan sifat-sifat ta’tsir لتوقف التأثير kerana bergantungnya ta’tsir عليها atas sifat tersebut لان الذى يريد شيئا kerana orang yang menghendaki sesuatu ويقصده  iaitu memaksudkannya لابد pastilah وان يكون عالما dia orang yang telah mengetahui به dengan sesuatu tersebut قبل قصده له sebelum dia bermaksud kepadanya, ثم بعد قصده له kemudian sesudah dia  bermaksud kepadanya يباشر فعله dia langsung mengerjakannya.

مثلا اذا كان شئ فى بيتك واردت اخذه فعلمك سابق على ارادتك لاخذه وبعد ارادتك اخذه تأخذه بالفعل

“مثلا Umpamanya اذا كان jika ada شئ sesuatu فى بيتك dirumahmu واردت اخذه dan engkau mengambilnya فعلمك سابق maka ilmumu mendahului على ارادتك kehendakmu لاخذه untuk mengambilnya (sesuatu itu) وبعد ارادتك dan sesudah engkau berkeinginan اخذه mengambilnya تأخذه بالفعل engkau pun mengambilnya dengan perbuatan.

فتعلق هذه الصفات على ترتيب فى حق الحادث فاولا يوجد العلم بالشئ ثم قصده ثم فعله

“فتعلق هذه الصفات Maka ta’alluq sifat-sifat itu على ترتيب adalah berdasar tertib (berurutan) فى  حق الحادث pada hak yang baru. فاولا Maka yang pertama يوجد didapatkan adalah ilmu بالشئ terhadap sesuatu ثم kemudian qasad (kehendaknya) قصده kemudian فعله  perbuatannya.

واما فى حقه تعالى لا تريب فى صفاته الا فى التعقل فاولا تتعقل ان العلم سابق ثم الارادة ثم القدرة

“واما Adapun فى حقه تعالى di dalam haknya Allah Ta’ala, لا تريب tidak ada tertib (urutan) فى صفاته pada sifat-sifatNya الا فى التعقل kecuali dalam akal dan pemikiran sahaja. فاولا تتعقل Maka yang pertama engkau fikir ان العلم سابق bahawa ilmu itu mendahului, ثم الارادة kemudian iradah, ثم القدرة  kemudian kudrah.

اما فى التأثير فالخارج فلا ترتيب فى صفاته تعالى فلا يقال تعلق العلم بالفعل ثم الارادة ثم القدرة لان هذا فى حق الحادث وانما الترتيب بحسب تعقلنا فقط

“اما فى التأثير Adapun pada pemberian bekas فالخارج dan kenyataannya di luar  (yakni pada tahaqquq) فلا ترتيب maka tidak ada tertib فى صفاته تعالى pada sifat-sifat Allah Ta’ala. فلا يقال Maka tidak dikatakan: تعلق العلم بالفعل ta’alluq ilmu itu dengan perbuatan ثم الارادة kemudian ta’alluq iradat, ثم القدرة kemudian ta’alluq kudrat لان هذا kerana ini adalah فى حق الحادث pada hak yang baru وانما الترتيب dan tertib itu بحسب  hanya berdasarkan  تعقلنا فقط ta’aqqul (pemikiran) kita sahaja.

Selanjutnya Aqidah 50 11 dan 12: Sifat As-Sama’ (Mendengar) dan Al- Basar (Melihat)

والله أعلم بالصواب

ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻚَ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻙَ ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻻَ ﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧْﺖَ ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻙَ ﻭَﺃَﺗُﻮْﺏُ ﺇِﻟَﻴْﻚ

“Maha suci Engkau wahai Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.”

Alhaj ibn Ibrahim Asysarawaky

Tulisan

كفاية العوام في علم الكلام

كِفَايَةُ الْعَوَامِ فِي عِلْمِ الْكَلَامِ