Tags

, , , ,

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُQiyaqmuhu binafsihi

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

اما بعد

Lanjutan dari Aqidah 50 4: Sifat Bersalahan Allah Dengan Segala Yang Baru

Berkata Musannif Syeikh Muhammad bin Asy-Syafi’i Al-Fudholi Asy-Syafi’i  رحمه الله dalam melanjut tulisan risalah Tauhidnya كفاية العوام :

الصفة الخامسة الواجبة له تعالى القيام بالنفس اى بالذات ومعناه الاستغناء عن المحل والمخصص والمحل الذاتوالمخصص الموجد

الصفة الخامسة Sifat kelima الواجبة له تعالى yang wajib bagi Allah Ta’ala القيام بالنفس adalah berdiri sendiri اى بالذات yakni dengan dzatNya sendiri. ومعناه Dan maknanya لاستغناء adalah Kaya عن المحل dari Mahal والمخصص dan Mukhossish. والمحل الذات Dan Mahal adalah zat والمخصص dan mukhossish الموجد adalalah Mujid (yang menjadikan).

فمعنى كون الله تعالى قائما بنفسه انه غنى عن ذات يقوم بها وغنى عن موجد لانه تعالى هو الموجد للاشياء

فمعنى Maka makna كون الله تعالى adalah Allah Ta’ala itu قائما بنفسه berdiri dengan diriNya sendiri انه غنى adalah bahawa Allah غنى kaya عن ذات dari zat يقوم بها yang berdiri dengannya (selain zatNya sendiri) وغنى dan kaya عن موجد dari Mujid لانه تعالى kerana Allah Ta’ala هو الموجد Dialah yang menjadikan للاشياء  bagi segala sesuatu”.

والدليل على انه تعالى قائم بنفسه ان تقول لوكان الله تعالى محتاجا الى المحل اى ذات يقوم بها كما افتقر البياض الى الذات التى يقوم بها لكان صفة كما ان البياض مثلا صفة

والدليل على انه تعالى Dan dalil bahawa Allah Ta’ala itu قائم بنفسه berdiri sendiri ان تقول adalah bahawa engkau berkata: لوكان الله تعالى Kalau Allah Ta’ala itu محتاجا الى المحل memerlukan kepada mahal اى ذات yakni zat يقوم بها yang Dia berdiri dengannya كما افتقر البياض sebagaimana warna putih memerlukan الى الذات kepada zat التى يقوم بها yang dia berdiri dengannya لكان صفة nescaya Allah itu  sifat كما ان البياض مثلا sebagaimana warna putih itu umpamanya صفة adalah sifat”.

والله تعالى لا يصح ان يكون صفة لانه تعالى متصف بالصفات والصفة لا تتصف بالصفة فليس الله تعالى بصفة

والله تعالى Dan Allah Ta’ala itu لا يصح tidak sah ان يكون صفة untuk menjadi sifat لانه تعالى kerana Dia Allah Ta’ala متصف بالصفات bersifat dengan beberapa sifat والصفة  sedangkan sifat itu لا تتصف بالصفة tidak bersifat dengan beberapa sifat فليس الله تعالى maka Allah Ta’ala itu  بصفة bukan sifat”.

و لو افتقر كون الله تعالى موجد يوجده لكان حادثا ومحدسه يكون حادثا ايضا ويلزم الدور اوالتسلسل فثب انه تعلى هو الغنى المطلق اى  غنى عن كل شئ

و لو Dan kalau افتقر  memerlukan كون الله تعالى akan Allah Ta’ala itu موجد Mujid يوجده yang akan menjadikanNya لكان حادثا  nescaya Dia itu baru ومحدسه dan muhditsnya pun يكون حادثا ايضا adalah baru juga ويلزم الدور اوالتسلسل dan lazimlah daur atau tasalsul. فثب انه تعلى Maka tetaplah bahawa Allah Ta’ala itu هو الغنى Dia adalah kaya  المطلق  (dengan) kekayaan mutlak اى  غنى  iaitu kaya عن dari كل شئ segala sesuatu”.

واما غى الخلق فهو غنى مقيد او عن شئ دون شئ والله يتولى هداك

واما Dan adapun غى الخلق kekayaan makhluk itu فهو  maka dia adalah غنى مقيد kekayaan muqayyad (terikat) او  atau/iaitu (kaya) عن شئ dari sesuatu دون شئ tanpa (kaya) dari sesuatu (yang lainnya).  والله  Dan semoga Allah يتولى  menguasai هداك  hidayahmu”.

Selanjutnya Aqidah 50 6 (1/2): Sifat Al-Wahdaniyyah

والله أعلم بالصواب

ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻚَ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻙَ ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻻَ ﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧْﺖَ ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻙَ ﻭَﺃَﺗُﻮْﺏُ ﺇِﻟَﻴْﻚ

“Maha suci Engkau wahai Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.”

Alhaj ibn Ibrahim Asysarawaky

Tulisan

كفاية العوام في علم الكلام

كِفَايَةُ الْعَوَامِ فِي عِلْمِ الْكَلَامِ