Tags

,

tumblr_pj5o0eEqd01qapk2qo1_1280

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

اما بعد

Lanjutan dari  Aqidah 50 Pengantar 5/6: Hukum Akal – Wajib, Jaiz dan Mustahil  Aqidah 50 4: Sifat Bersalahan Allah Ta’ala Dengan Segala Yang Baru

Firman Allah سبحانه وتعالى:

هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ مِنۡهُ ءَايَـٰتٌ۬ مُّحۡكَمَـٰتٌ هُنَّ أُمُّ ٱلۡكِتَـٰبِ وَأُخَرُ مُتَشَـٰبِهَـٰتٌ۬‌ۖ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِمۡ زَيۡغٌ۬ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَـٰبَهَ مِنۡهُ ٱبۡتِغَآءَ ٱلۡفِتۡنَةِ وَٱبۡتِغَآءَ تَأۡوِيلِهِۦ‌ۗ وَمَا يَعۡلَمُ تَأۡوِيلَهُ ۥۤ إِلَّا ٱللَّهُ‌ۗ وَٱلرَّٲسِخُونَ فِى ٱلۡعِلۡمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِۦ كُلٌّ۬ مِّنۡ عِندِ رَبِّنَا‌ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ ( سُوۡرَةُ آل عِمرَان : 3: 7)

“Dialah yang menurunkan Al Kitab (Al-Qur’an) kepada kamu. Di antaranya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok isi Al-qur’an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyabihat . Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami.” Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal..”  ( سُوۡرَةُ آل عِمرَان : 3: 7)

Ayat Mutasyabihat adalah lafaz yang mengandungi lebih dari satu makna. Dari sudut istilah syarak, ialah sekelian ayat dan hadis yang seolah-olah menyerupakan Allah Ta’ala dengan makhluk.

Contoh ayat mutasyabihat ialah:

(١٠: ٤٨: سُوۡرَةُ الفَتْح)  يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيہِمۡ‌ۚ   –      “ ( يَدُ  Tangan) Allah di atas tangan mereka”

(٥: ٢٠:سُوۡرَةُ طٰه) ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ   “Ar-Rahman atas ‘arsy  ٱسۡتَوَىٰ  bersemayam

(٨٨: ٢٨:سُوۡرَةُ القَصَصكُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ ۥ‌ۚ  “Setiap sesuatu binasa kecuali وَجۡهَهُ mukaNya”

Lafaz ٱسۡتَوَىٰ , يَدُ dan  وَجۡهَهُ  adalah lafaz mutasyabihat kerana keketiganya seolah-olah pada zahir menyerupakan Allah Ta’ala dengan sifat makhluk. Namun, lafaz-lafaz ini mengandungi makna yang lebih dari satu makna yang boleh difahami dalam bahasa Arab dan sesuai degan kebesaran dan keagungan Allah Ta’ala.

Sebagai contoh lafaz يَدُ  boleh juga bermakna “kekuasaan” atau “rahmat”,  dan lafaz ٱسۡتَوَىٰ  boleh bermakna “berkuasa” dan lafaz وَجۡهَ boleh juga bermakna “kerajaan” sebagaimana yang ditakwil oleh Imam Bukhari رحمه الله (wafat 256H).

Dalam hal ini, perkataan mutasyabih bukan sesuatu yang tidak boleh difahami sama sekali, walau pun maknanya tidak jelas disaat kali pertama diungkap ke telinga pendengar. Maknanya boleh diketahui setelah ada petunjuk yang mengalihkan maknanya yang zahir (teks asal) pada makna yang lebih sesuai. Mengalihkan makna yang zahir (teks asal) pada makna yang lebih sesuai disebut takwil.

Berkata Imam Burhanuddin Ibrahim bin Harun al-Laqqani رحمه الله (wafat 1041H)

وكل نص او هما التشبيها اوله او فوض ورم تنزيها

—“Dan setiap nas yang memberi persangkaan kepada tasybih (penyerupaan) maka takwilkanlah atau tafwidkan (serahkan) kepada Allah Ta’ala dan hendaklah bermaksud dengan tanzih (penyucian).” (Jauharah at-Tauhid)

Keharusan takwil didokong oleh ayat Ali Imran yang sama apabila وَ pada kalimat وَٱلرَّٲسِخُونَ dijadikan وَ athaf (penyambung ayat) sehingga menjadilah bacaan ayat وَمَا يَعۡلَمُ تَأۡوِيلَهُ ۥۤ إِلَّا ٱللَّهُ‌ۗ وَٱلرَّٲسِخُونَ فِى ٱلۡعِلۡمِ berbunyi “dan tiada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah dan orang-orang yang mendalam ilmunya”. Dan orang pertama didoakan oleh Rasulullah ﷺ berkemampuan mentakwil ialah Ibnu Abbas رضي الله عنه sebagaimana tersebut dalam sebuah hadis marfu’.

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حَمْشَاذَ الْعَدْلُ ، ثَنَا هِشَامُ بْنُ عَلِيٍّ السَّدُوسِيُّ ، ثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ ، وَأَبُو سَلَمَةَ قَالا : ثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ فِي بَيْتِ مَيْمُونَةَ ، فَوَضَعَتْ لَهُ وَضُوءًا ، فَقَالَتْ لَهُ مَيْمُونَةُ : وَضَعَ لَكَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْعَبَّاسِ وَضُوءًا ، فَقَالَ : ” اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ ” . هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحُ الإِسْنَادِ

[Al-Mustadrak ‘ala Shahihain  المستدرك على الصحيحين hadis 6296 Kitab Makrifah para Sahabat كِتَابُ مَعْرِفَةِ الصَّحَابَةِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ]

Terjemahan Hadis, Imam Hakim al-Nisyapuri رحمه الله (wafat 405H) meriwayatkan:

“Telah menceritakan kepada kami Ali bin Hamsyad al-Adl, telah menceritakan kepada kami Hisyam bin Ali as-Sudusi, telah menceritaklan kepada kami Sulaiman bin Harb dan Abu Salamah mereka berdua berkata telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari Abdullah bin Uthman bin Hatim dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas semoga Allah meredai keduanya dia berkata: Adalah Rasulullah ﷺ berada di rumah Maimunah, lalu aku menyediakan air untuk Rasulullah berwudhu’. Maimunah memberitahu Rasulullah: Telah menyediakan Abdullah bin Abbas air untuk tuan berwudu. Lalu baginda berdoa: Wahai Allah faqihkanlah dia (Abdullah bin Abbas) dalam agama dan ilmu Takwil”.

Imam Jalaluddin As-Suyuti رحمه الله (wafat 911H) dalam kitabnya Sawn al-Mantiq wa al-Kalam ‘an Funnay al-Mantiq wa al-Kalam mecatatkan:

Ad-Darimi menyatakan dalam musnadnya daripada Sulaiman ibn Yasir: “Bahawa seorang lelaki bernama Abdullah bin Subigh telah datang ke Madinah dan bertanya tentang al-Mutasyabihat (seolah-olah tujuannya untuk meragukan). Saidina umar رضي الله عنه mengutus kepadanya seorang sahabat untuk menjemputnya hadir. Saidinar Umar menyediakan pelepah tamar. Manakala Abdullah bin Subigh datang, ditanya kepadanya, “Engkaukah Abdullah bin Subigh?”, jawabnya, “Ya!”. Umar terus memukulnya dengan pelepah tamar di kepalanya hingga berdarah”. (Asas Tauhid Pertumbuhan dan Huraiannya hal. 3, DBP 1989 – Mudasir Rosder)

قال البيهقي:

أخبرنا أبو عبد الله الحافظ أحمد بن محمد بن إسماعيل بن مهران، ثنا أبي حدّثنا أبو الربيع بن أخي رشدين ابن سعد قال: سمعت عبد الله بن وهب يقول: كنا عند مالك بن أنس فدخل رجل فقال: يا أبا عبدالله الرَّحْمَنُ عَلَى العَرْشِ اسْتَوَى كيف استواؤه؟، قال: فأطرق مالك وأخذته الرحضاء ، ثم رفع رأسه فقال: الرحمن على العرش استوى كما وصف نفسه، ولا يقال كيف، وكيف عنه مرفوع، وأنت رجل سوء صاحب بدعة أخرجوه، قال: فأُخرج  (البيهقي الأسماء والصفات 2/304).

Telah meriwayat Imam al-Baihaqiy رحمه الله: Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Abdullah al-Hafiz Ahmad bin Muhammad bin Ismail bin Mahran telah menceritakan kepada kami ayahku telah menceritakan kepada kami Abu Rabi’ Akhi Rasyidin bin Saad dia berkata: Aku mendengar Abdullah bin Wahab berkata: Sedang kami berada di samping (Imam) Malik bin Anas lalu masuk seorang lelaki seraya berujar, “Wahai Abu Abdullah الرَّحْمَنُ عَلَى العَرْشِ اسْتَوَى bagaimana istawaNya? Berkata Abdullah bin Wahab, “Malikpun menundukkan kepalanya dan keluar keringat. Kemudian dia mengangkat kepalanya dan berkata,” الرَّحْمَنُ عَلَى العَرْشِ اسْتَوَى sebagaimana Dia menyifatkan diriNya dan (اسْتَوَى) tidak ditanya bagaimana, dan bagaimana padaNya terangkat (tidak disoal), dan engkau seorang yang jelek, sahabat bid’ah, nyahkanlah dia!” Berkata Abdullah bin Wahab. “Lalu dia (orang itu) dikeluarkan”.  – إسناد صحيح (Al-Asma’ Wa ash-Shifat, hal. 408 – Abu Bakr Ahmad bin Al-Husain Al-Baihaqiy 384-458 H)

Juga dari Imam al-Baihaqiy رحمه الله:

أخبرنا أبو بكر أحمد بن محمد بن الحارث الفقيه الأصفهاني، أنا أبو محمد عبد الله بن محمد بن جعفر بن حيَّان المعروف بأبي الشيخ، ثنا أبو جعفر أحمد بن زيرك اليزدي: سمعت محمد بن عمرو بن النضر النيسابوري يقول: سمعت يحيى بن يحيى يقول : كنا عند مالك بن أنس فجاء رجـل فقال : يا أبا عبد الله الرَّحْمَنُ عَلَى العَرْشِ اسْتَوَى فكيف استوى؟، قال: فأطرق مالك رأسه حتى علاه الرحضاء ثم قال: الاستواء غير مجهول، والكيف غير معقول، والإيمان به واجب، والسؤال عنه بدعة، وما أراك إلاّ مبتدعاً. فأمر به أن يُخرج.

“Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Bakr Ahmad bin Muhammad bin Al-Haarits Al-Faqiih Al-Ashfahaniy : Telah menceritakan kepada kami Abu Muhammad ‘Abdullah bin Muhammad bin Ja’far bin Hayyaan yang terkenal dengan nama Abusy-Syaikh : Telah menceritakan kepada kami Abu Ja’far Ahmad bin Zairak Al-Yazdiy : Aku mendengar Muhammad bin ‘Amr bin An-Nadlr An-Naisaburiy berkata : Aku mendengar Yahya bin Yahya berkata : “Kami pernah berada bersama (Imam) Malik bin Anas. Lalu datanglah seorang laki-laki seraya bertanya : الرَّحْمَنُ عَلَى العَرْشِ اسْتَوَى bagaimana Allah ber-istiwaa’ ?” Perawi berkata : Malikpun memalingkan kepalanya hingga tubuhnya berkeringat. Kemudian beliau berkata : “Istiwaa’ itu tidaklah majhul (bukan tidak diketahui sumbernya iaitu Al-Qur’an), berkaifiyat tidak masuk pada akal, beriman kepadanya adalah wajib, dan bertanya tentangnya adalah bid’ah. Tidaklah aku melihatmu melainkan seorang mubtadi (pembuat bid’ah)’”. Maka beliau memerintahkan agar orang tersebut dikeluarkan dari majelisnya” (Al-Asmaa’ wash-Shifaat, 2/305-306)

فقد أخرج الحافظ أبو القاسم اللالكائي في كتاب السنة من طريق الحسن البصري عن أمه (أي أم الحسن البصري رضي الله عنهما) عن أم المؤمنين أم سلمة وهي هند بنت سهيل المخزومية القرشية، قالت تنزه الله تعالى: “الاستواء غير مجهول، والكيف غير معقول، والإقرار به إيمان، والجحود به كفر” رواه الحافظ ابن حجر العسقلاني في شرح البخاري، فأم المؤمنين أم سلمة القرشية رضي الله عنها لم تقل ذلك بالرأي والهوى، بل هو مما تعلمته من رسول الله صلى الله عليه وسلم أن الكيف غير معقول، أي مستحيل على الله.

“Sungguh telah mengeluarkan al-Hafiz Abul Qasim al-Lalika’i dalam kita As-Sunnah dari jalan al-Hasan al-Basri dari ibunya dari ibu Muslimin Ummu Salamah dan dia Hindun binti Suhail al-Makhzumiyyah, dia berkata dengan mensucikan Allah Ta’ala: “Al-istiwa  غير مجهول bukan tidak diketahui (datangnya dari Al-Qur;an), dan berkaifiat (bagaimana) tidak ma’qul (sabit pada akal), memperakuinya iman, dan mengingkarinya kufur”. Diriwayatkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Syarah al-Bukhari adapun Ibu Mukminin Ummu Salamah al-Quraisyiyyah, semoga Allah meredainya, tidak berkata demikian berdasarkan pendapat dan hawa akan tetapi apa yang ia pelajari dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم bahawasanya kaifiat (bagi Allah) tidak sabit pada akal yakni mustahil atas Allah”.

Dari firman Allah سبحانه وتعالى pada ayat 7 Surah Ali Imran yang  baru lalu, فَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِى  قُلُوبِهِمۡ زَيۡغٌ۬ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَـٰبَهَ مِنۡهُ ٱبۡتِغَآءَ ٱلۡفِتۡنَةِ وَٱبۡتِغَآءَ تَأۡوِيلِهِۦ‌ۗ  “adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta’wilnya”, maka kita lihat Saidina Umar رضي الله عنه sebagai pemimpin yang bertanggungjawab menjaga akidah umat Islam dari terpesong tangkas mengambil tindakan tegas memukul Abdullah Subigh dari memperkotak-katikkan kalimat/ayat mutasyabihat yang boleh mengelirukan umat.

Dan dari penjelasan ayat وَمَا يَعۡلَمُ تَأۡوِيلَهُ ۥۤ إِلَّا ٱللَّهُ‌ۗ “dan tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah”, kita lihat bagaimana Imam Malik bin Anas رحمه الله  dan Ummu Salamah رضي الله عنها ibu sekalian mukmin menahan diri dalam atsar-atsar yang lalu  dari mengisbat makna zahir lafaz اسْتَوَى walaupun tidak menafikan sumber lafaz اسْتَوَى itu  غير مجهول datangnya dari Al-Qur’an. Mereka memperingati umat supaya beriman dengan zahir lafaz اسْتَوَى sebagaimana Allah telah memfirmankannya dan menyerah makna hakiki lafaz اسْتَوَى kepada Allah kerana sedar kalau diisbatkan makna zahir اسْتَوَى akan membawa pengetian bahawa Allah ‘bersemayam’ di atas ‘arsy sedang bersemayam itu sifat makhluk غير معقول pada kesucian Allah.

Sikap Imam Malik رحمه الله dan Ummu Salamah رضي الله عنها menerima lafaz اسْتَوَى sebagaimana dihikayatkan tanpa menetapkan makna zahir اسْتَوَى  disebut tafwid yang juga merupakan sikap kebanyakan para sahabat.

Imam an-Nawawi رحمه الله (wafat 676H) berkata:

:اعلم أن لأهل العلم في أحاديث الصفات وآيات الصفات قولين

“Ketahuilah, terdapat dua pendapat di kalangan Ahli ilmu berhubung dengan ayat-ayat dan hadith-hadith al-Sifat”.

أحدهما وهو مذهب معظم السلف أو كلهم أنه لا يتكلم في معناها بل يقولون: يجب علينا أن نؤمن بها ونعتقد لها معنى يليق بجلال الله تعالى وعظمته مع اعتقادنا الجازم أن الله تعالى ليس كمثله شيء

—”Satu daripadanya ialah pendapat kebanyakan al-Salaf atau kesemua daripada mereka bahawa sesungguhnya mereka itu tidak bercakap tentang maknanya.  Bahkan mereka berkata “Kita wajib beriman dan beri’tiqad dengan nas tersebut berdasarkan makna yang layak dengan kemuliaan Allah Ta’ala dan kebesaran-Nya dengan berpegang bahawa Allah Ta’ala tidak menyerupai sesuatu.

وأنه منزه عن التجسم والانتقال والتحيز في جهة وعن سائر صفات المخلوق، وهذا القول هو مذهب جماعة من المتكلمين واختاره جماعة من محققيهم وهو أسلم

—Sesungguhnya, maha suci Allah daripada tajsim, berpindah, mengambil ruang pada suatu tempat dan maha suci Allah daripada menyerupai sifat-sifat makhluk.
Inilah pendapat yang dipegang oleh sebahagian daripada ulama’ al-Mutakallimin dan menjadi pilihan oleh sebahagian pengkaji mereka dan pendapat ini aslam (lebih selamat).”

والقول الثاني: وهو مذهب معظم المتكلمين أنها تتأول على ما يليق بها على حسب مواقعها، وإنما يسوغ تأويلها لمن كان من أهله بأن يكون عارفاً بلسان العرب وقواعد الأصول الفروع ذا رياضة في العلم

—“Pendapat yang kedua pula ialah pendapat kebanyakan daripada al-Mutakallimin.  Mereka mentakwilkan nas-nas tersebut mengikut keadaannya yang tertentu.  Keharusan untuk mentakwil nas adalah khusus bagi mereka yang mengetahui bahasa Arab dan memahami kaedah usul dan cabang berlandaskan ilmu pengetahuan yang mendalam”. – نثر الدر النضيد بشرح جوهرة التوحيد لإبراهيم اللقاني شرح النووي على مسلم

Namun tidak hentinya sepanjang sejarah sebahagian kita terus gemar mengisbat makna zahir يَدُ dengan “tangan”, اسْتَوَى  dengan “bersemayam” , dan وَجۡهَ dengan muka yang nyata-nyata menyerupai Allah dengan makhluk dan tanpa segan silu mengkhayalkan “tetapi tangan, semayam dan muka Allah itu tidak serupa dengan makhluk tetapi sesuai dengan kebesaranNya” yang merupakan kalimat-kalimat batil!

والله أعلم بالصواب

ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻚَ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻙَ ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻻَ ﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧْﺖَ ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻙَ ﻭَﺃَﺗُﻮْﺏُ ﺇِﻟَﻴْﻚ

“Maha suci Engkau wahai Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.”

Selanjutnya: Makrifat 8