Tags

,

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ10410240_867819906584762_5928245852701758387_n - Copy - Copy

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

أما بعد

Firman Allah سبحانه وتعالى:

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِين (سُوۡرَةُ الفَاتِحَة: ٢)

”Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”. (Surah Al-Fatihah: 1: 2)

Dalam Ilmu Tauhid:

كُلُّ مَوْجُودٍ سِوَى اللهُ يُسَمَّى عَالَمًا

عَالَمًا Alam’ adalah semua yang مَوْجُودٍ ada (nyata atau ghaib) selain daripada Allah.”

Dalam Ilmu Tauhid alam terdiri dari Jirim (جرم – tiap-tiap barang yang bertempat atau mengambil ruang atau المكان tempat dan menjalani الزمان zaman), Jisim, Jauhar dan Aradh.

Jisim (جسم) adalah Jirim yang berbentuk besar.

Jauhar (جوهر): terbahagi kepada (1) Jauhar Fard  (جوهر فرد) – Jirim yang terkecil yang tidak boleh dibahagi atau dipecah-pecahkan dan (2) Jauhar Murakkab (جوهر مركب) – susunan jauhar (paling minimanya dua jauhar fard/firid) untuk membentuk satu entiti jisim.

‘Aradh (عرض): Keadaan atau hal atau ibarat yang menyifati jirim/jisim/jauhar. Contohnya warna, rasa, bentuk, berat, mentah, masak, buruk, jatuh, hancur pada buah (contoh jirim) semuanya adalah aradh. Bila tiada buah (jirim) tiadalah aradh seperti sifat warna, rasa, mentah, masak dan sebagainaya sepertilah yang  telah tersebut.

Aradh tidak berpisah (berdiri sendiri) dari jirim kerana aradh adalah sifat dan jirim adalah mausuf. Tiada mausuf (yang disifati) maka tiadalah sifat. Mustahil pada hukum akal adanya sifat tanpa mausuf. Maka aradh tidak berpindah dari satu jirim ke jirim yang lain kerana ia sifat yang tidak berdiri sendiri.  Masing-masing aradh tetap pada jirimnya masing-masing.

Dan jirim pula tidak menerima dua sifat aradh yang berlawanan pada dirinya seperti bergerak dan diamnya jirim itu pada satu masa yang sama. Hal yang demikian itu mustahil pada hukum akal. Tidak pula diam bersembunyi dalam gerak apabila berlaku diam, demikian juga sebaliknya kerana semua itu mustahil pada hukum akal.

Dan jirim itu tidak sedia ada kerana kalau ia sedia ada ia tidak binasa sedang pada musyahadah (kesaksiannya) ia tidak sedia ada dan pasti binasa. Dan mustahil pula pada hukum akal jirim itu menjadikan dirinya sendiri ada. Kerana sangat tidak logisnya sesuatu yang tidak ada dapat menjadikan dirinya ada!

Oleh yang demikian pantaslah jirim (seperti jasad dan ruh saudara yang merupakan jisim) memerlukan Zat yang menjadikan untuk menjadikannya ada. Dan setiap yang dijadikan dinamakan baru (hadits) dan yang menjadikan Muhdits.

Kemudian masing-masing Jirim, Jisim, Jauhar dan Aradh adalah شَيْءٌ sesuatu dari عَالَمًا alam.

Dan Allah adalah Pencipta dan Pemelihara sekalian ٱلۡعَـٰلَمِين alam.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

  فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الأنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْـلِهِ شَيْءوَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ (سورة الشورى: ٤٢: ١١)ٌ 

“(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada شَيْءٌ sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat..” (Surah Asy-Syura: 42: 11)

(سُوۡرَةُ القَصَص: ٨٨:٢٨) وَلَا تَدۡعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَ‌ۘ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۚ كُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ ۥ‌ۚ لَهُ ٱلۡحُكۡمُ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ

“Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, tuhan apa pun yang lain. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Tiap-tiap شَىۡءٍ sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan, dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (Surah Al-Qasas: 28: 88)

ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لا إِلَهَ إِلا هُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ فَاعْبُدُوهُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ (سُوۡرَةُ الاٴنعَام ١٠٢:٦)

“Yang (memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu, tidak ada Tuhan selain Dia; Pencipta segala شَيْءٍ sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala شَيْءٍ sesuatu.” (Surah al-An’am: 6: 102)

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin bab قواعد العقائدفي ترجمة عقيدة اهل السنة  في كلمتي الشهادة merumuskan:

وأنه ليس بجسم مصور ولا جوهر محدود مقدر وانه لا يماثل الاجسام لا في التقدير ولا في قبول الانقسام وأنه ليس بجوهر ولا تحله الجواهر ولا بعرض ولا تحله الاعراض  بل لا يماثل موجودا ولا يماثله موجود (ليس كمثله شئ ) ولا هو مثل شئ

“Dan sesungguhnya Dia bukan jisim sehingga terrajah dan bukan pula jauhar terhad terbatas, tidak pula Dia seperti jisim baik dalam ibarat maupun pembahagian, tidak juga Dia jauhar dan terbentuk dari jauhar, dan tidak pula Dia aradh atau tersembunyi dalam aradh.  Bahkan Dia tidak menyerupai maujud (wujud-wujud yang ada) dan tidak menyerupaiNya wujud (yang ada) (tiada menyerupaiNya sesuatu) dan Dia bukan sesuatu!

Lihat juga:  Aqidah 50 4: Sifat Bersalahan Allah Dengan Segala Yang Baru

 Aqidah 50 6 (1/2): Sifat Al-Wahdaniyyah

والله أعلم بالصواب

ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻚَ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻙَ ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻻَ ﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧْﺖَ ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻙَ ﻭَﺃَﺗُﻮْﺏُ ﺇِﻟَﻴْﻚ

“Maha suci Engkau wahai Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.”

Selanjutnya: Makrifat 7