Tags

, , ,

allah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

وبعد

Lanjutan dari Aqidah 50 1 (1/3): Sifat Al-Wujud

Berkata Musannif Syeikh Muhammad bin Asy-Syafi’i Al-Fudholi Asy-Syafi’i  رحمه الله dalam melanjut tulisan risalah Tauhidnya كفاية العوام :

وَالدَّلِيْلُ عَلٰى وُجُوْدِهِ تَعَالَى حُدُوْثُ الْعَالَمِ أَىْ وُجُوْدُهُ بَعْدَ عَدَمٍ وَالْعَالَمُ أَجْرَامٌ كَاذَوَاتِ وَاَعْرَاضٌ كَالْحَرَكَةِ وَالسُّكُوْنِ وَالْأَلْوَانِ 

والدليل على وجوده تعالى حدوث العالم اى وجوده بعد عدم

وَالدَّلِيْلُ Dan dalil عَلٰى atas وُجُوْدِهِ wujudnya Allah Ta’ala حُدُوْثُ baharu(nya) الْعَالَمِ alam أَىْ yakni وُجُوْدُهُ wujudnya (alam) بَعْدَ sesudah عَدَمٍ ‘adam (tiada)”.

والعالم اجرام كالذوات واعراض كالحركة والسكون والالوان

وَالْعَالَمُ Dan ‘alam أَجْرَامٌ adalah ajram كَاذَوَاتِ seperti dzat-dzat وَاَعْرَاضٌ dan aradh كَالْحَرَكَةِ  seperti gerak وَالسُّكُوْنِ  diam وَالْأَلْوَانِ dan warna”.

وَاِنَّمَاكَانَ حُدُوْثُ الْعَالَمَ دَلِيْلًا عَلٰى وُجُوْدِ اللهِ تَعَالَى لِأَنَّهُ لَايَصِحُّ أَنْ يَكُوْنَ حَادِثَةً بِنَفْسِهِ مِنْ غَيْرِ مُوْجِدٍ يُوجِدُهُ لِأنَّهُ قَبْلَ وُجُوْدِهِ كَانَ وُجُوْدُهُ مُسَاوِيًا لِعَدَمِهِ فَلَمَّا وُجِدَ وَزَالَ عَدَمُهُ عَلِمْنَا أَنَّ وُجُوْدَهُ تَرَجَّحَ عَلٰى عَدَمِهِ وَقَدْ كَانَ هٰذَا الْوُجُوْدُ مُسَاوِيًا لِلْعَدَمِ فَلَايَصِحُّ أَنْ يَكُوْنَ تَرَجَّحَ عَلَى الْعَدَمِ بِنَفْسِهِ

وانما كان حدوث العالم دليلا على وجود الله تعالى لٲنه لايصح ٲن يكون حادثة بنفسه من غير موجد يوجده لانه قبل وجوده كان وجوده مساويا لعدمه

وَاِنَّمَا Dan sesungguhnya كَانَ adalah حُدُوْثُ barunya alam ini دَلِيْلًا sebagai dalil عَلٰى  atas وُجُوْدِ اللهِ تَعَالَى wujudnya Allah Ta’ala لِأَنَّهُ kerana sesungguhnya لَايَصِحُّ tidaklah sah أَنْ يَكُوْن bahawa keberadaan (alam) حَادِثَةً baru بِنَفْسِهِ dengan sendirinya مِنْ غَيْرِ dengan tanpa مُوْجِدٍ penjadi يُوجِدُهُ menjadikannya لِأنَّهُ kerana sesungguhnya alam قَبْلَ sebelum وُجُوْدِهِ wujudnya كَانَ  adalah وُجُوْدُهُ wujudnya مُسَاوِيًا sama   لِعَدَمِهِ  dengan ketiadaanya”.

فلما وجد وزال عدمه علمنا ٲن وجوده ترجح على عدمه وقد كان هذا الوجود مساويا للعدم فلا يصح ٲن يكون ترجح على العدم بنفسه

فَلَمَّا Maka ketika وُجِدَ didapatkan (alam) وَزَالَ dan telah lenyap عَدَمُهُ ‘adamnya (ketiadaanya) عَلِمْنَا tahulah kita أَنَّ وُجُوْدَهُ bahawa wujudnya تَرَجَّحَ lebih unggul عَلٰى atas عَدَمِهِ ‘adamnya (ketiadaannya) وَقَدْ كَانَ sedangkan dahulu هٰذَا الْوُجُوْدُ wujud itu مُسَاوِيًا sama لِلْعَدَمِ  dengan (ketiadaannya) فَلَايَصِحُّ maka tidaklah sah أَنْ يَكُوْنَ  bahawa adalah (wujud tersebut) تَرَجَّحَ menjadi lebih unggul عَلَى atas  الْعَدَمِ ‘adam بِنَفْسِهِ dengan sendirinya”.

فَتَعَيَّنَ أَنَّ لَهُ مُرَجِّحًا غَيْرَهُ وَهُوَ الَّذِى اَوْجَدَه لِأَنَّ تَرَجُّحَ اَحَدِ الْاَمْرَيْنِ الْمُتَسَوَيْنِ مِنْ غَيْرِ مُرَجِّحٍ مُحَالٌ

فتعين أن له مرجحا غيره وهو الذي اوجده لان ترجح احد الامرين المتساويين من غير مرجح محال

فَتَعَيَّنَ Maka nyatalah  أَنَّ bahawa لَهُ baginya (wujud itu) memiliki مُرَجِّحًا murajjih غَيْرَهُ  lain daripada dirinya; وَهُوَ dan ia الَّذِى (si Murajjih itu) yang اَوْجَدَه telah menjadikannya (wujud itu lebih unggul), لِأَنَّ kerana bahawasanya تَرَجُّحَ unggulnya اَحَدِ satu  (dari) الْاَمْرَيْنِ dua perkara الْمُتَسَوَيْنِ yang sama  مِنْ غَيْرِ dari (dengan) tanpa مُرَجِّحٍ  murajjih مُحَالٌ (adalah) mustahil”.

مَثَلًا زَيْدٌ قَبْلَ وُجُوْدِهِ يَجُوْزُ أَنْ يُوْجَدُ فِى سَنَةٍ كَذَا وَيَجُوْزُ أَنْ يُّبْقَ عَلَى عَدَمِهِ فَوُجُوْدُهُ مُسَاوِيًا لِعَدَمِهِ

مثلا زيد قبل وجوده يجوز أن يوجد في سنة كذا ويجوز أن يبقى على عدمه فوجوده مساويا لعدمه

مَثَلًا Misalnya زَيْدٌ si Zaid قَبْلَ sebelum وُجُوْدِهِ wujudnya يَجُوْزُ boleh أَنْ يُوْجَدُ dijadikan فِى pada سَنَةٍ tahun كَذَا sekian وَيَجُوْزُ boleh أَنْ يُّبْقَ dikekalkan عَلَى atas عَدَمِهِ ‘adamnya (ketiadaanya), فَوُجُوْدُهُ maka wujudnya (si Zaid) مُسَاوِيًا  sama saja لِعَدَمِهِ dengan ‘adamnya (kerana sama-sama  boleh).”

 فَلَمّا وُجِدَ وَزَالَ عَدَمُهُ فِى الزَّمَنِ الَّذِى وُجِدَ فِيْهِ عَلِمْنَا أَنَّ وُجُوْدَهُ بِمُجِدٍ لَا مِنْ نَفْسِهِ  

فلما وجد وزال عدمه فى الزمن الذى وجد فيه علمنا أن وجوده بموجد لا من نفسه

فَلَمّا Maka tatkala وُجِدَ didapatkan (si Zaid) وَزَالَ dan telah lenyap عَدَمُهُ ‘adamnya فِى di الزَّمَنِ zaman الَّذِى yang وُجِدَ (si Zaid) didapatkan فِيْهِ padanya عَلِمْنَا tahulah kita أَنَّ bahawa وُجُوْدَهُ wujudnya (si Zaid) بِمُجِدٍ dengan mujid (yang menjadikan) لَا  bukan مِنْ dari نَفْسِهِ  dirinya sendiri”.

فَحَاصِلُ الدَّلِيْلِ أَنْ تَقُوْلَ اَلْعَالَمُ مِنْ اَجْرَامٍ وَاَعْرَاضٍ حَادِثٌ اَىْ مُوْجَدٌ بَعْدَ عَدَمٍ وَكُلُّ حَادِثٍ لَا بُدَّ لَهُ مِنْ مُحْدثٍ

فحاصل الدليل أن تقول العالم من اجرام واعراض حادث اى موجد بعد عدم وكل حادث لابدله من محدث

فَحَاصِلُ Maka kesimpulan الدَّلِيْلِ  dalil itu أَنْ bahawa تَقُوْلَ engkau berkata:  اَلْعَالَمُ Alam مِنْ berupa اَجْرَامٍ ajram وَاَعْرَاضٍ dan ‘aradh حَادِثٌ (adalah) hadits اَىْ dalam erti مُوْجَدٌ  dijadikan بَعْدَ sesudah عَدَمٍ tidak ada. وَكُلُّ Dan setiap حَادِثٍ  yang hadits (yang baru) لَا بُدَّ tidak dapat tidak لَهُ  ia mempunyai مِنْ dari مُحْدثٍ  muhdits (yakni yang menjadikan hadits)”.

فَيُنْتَجُ أَنَّ الْعَالَمَ لَا بُدَّ لَهُ مِنْ مُحْدِثٍ وَهٰذَا الَّذِى يُسْتَفَادُ بِالدَّلِيْلِ الْعَقْلِى  

فينتج أن العالم لا بدله من محدث وهذاالذى يستفاد بالدليل العقلى  

فَيُنْتَجُ Maka disimpulkan (kesimpulan) أَنَّ bahawa الْعَالَمَ alam ini لَا بُدَّ tidak dapat tidak (pasti) لَهُ baginya مِنْ  dari (memiliki) مُحْدِثٍ muhdits (yang menjadikan). وَهٰذَا الَّذِى Dan ini yang يُسْتَفَادُ dapat difahami بِالدَّلِيْلِ dengan dalil الْعَقْلِى akal.”

وَاَمَّا كَوْنُ الْمُحْدِثِ يُسَمَّى بِلَفْظِ الْجَلَالَةِ الشَّرِيْفِ وَبِبَقِيَّةِ الْاَسْمَاءِ فَهُوَ مُسْتَفَادٌ مِنَ الْاَنْبِيَاءِ عَلَيْهِمُ اَفْضَلُ الصَّلَاةِ وَالسَّلَامِ فَتَنَبَّهُ لِهٰذِهِ الْمَسْئَلَةِ

واما كون المحدث يسمى بلفظ الجلالة الشريف وببقية الاسماء فهو مستفاد من الانبياء عليهم افضل الصلاة والسلام فتنبه لهذه المسٔلة

وَاَمَّا Dan adapun كَوْنُ  keadaan الْمُحْدِثِ muhdits itu  يُسَمَّى dinamakan بِلَفْظِ dengan lafdzul الْجَلَالَةِ Jalalah الشَّرِيْفِ yang mulia وَبِبَقِيَّةِ dan dengan baki الْاَسْمَاءِ nama-nama(Nya) فَهُوَ  maka ia (nama-nama itu) مُسْتَفَادٌ baru dapat difahami مِنَ dari الْاَنْبِيَاءِ para Nabi عَلَيْهِمُ atas mereka اَفْضَلُ seafdal الصَّلَاةِ وَالسَّلَامِ selawat dan salam فَتَنَبَّهُ maka ingat-ingatlah engkau ia لِهٰذِهِ الْمَسْئَلَةِ pada masalah ini”.

وَهٰذَا الدَّلِيْلُ الْذِى سَبَقَ وَهُوَ حُدُوْثُ الْعَالَمِ دَلِيْلُ وُجُوْدِهِ تَعَالٰى

وهاذ الدليل الذى سبق وهو حدوث العالم دليل وجوده تعالى

وَهٰذَا Dan ini الدَّلِيْلُ dalil الْذِى yang سَبَقَ telah lalu وَهُوَ yakni حُدُوْثُ الْعَالَمِ  barunya alam حُدُوْثُ الْعَالَمِ adalah دَلِيْلُ dalil وُجُوْدِهِ  wujudNya تَعَالٰى  Yang Maha Tinggi”.

Selanjutnya Aqidah 50 1 (3/3): Dalil Huduts (Barunya) Alam

والله أعلم بالصواب

ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻚَ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻙَ ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻻَ ﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧْﺖَ ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻙَ ﻭَﺃَﺗُﻮْﺏُ ﺇِﻟَﻴْﻚ

“Maha suci Engkau wahai Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.”

Alhaj ibn Ibrahim Asysarawaky

Sisipan

Jirim/Ajram

وَالْجِرْمُ كَالشَّجَرِ وَالْحَجَرِ فَإِذَا قَالَ لَكَ شَخْصٌ إِنَّ الشَّجَرَةَ لَمْ تَأْخُذْ مَحَلًّا مِنَ الْأَرْضِ مَثَلًا لَا يُصَدِّقُ عَقْلُكَ بِذٰلِكَ لِأَنَّ اخْذَهَا مَحَلًا وَاجِبٌ لَا يُصَدِّقُ الْعَقْلُ بِعَدَمِهِ

‘Aradh

مَا قَامَ بِغَيْرِهِ مِنَ الصِّفَاتِ الْحَادِثَةِ

“Sesuatu yang berdiri dengan yang selainnya berupa sifat-sifat yang baru.”

Tamsilnya adalah seperti gerak, diam dan warna-warna – semuanya sifat-sifat baharu yang harus berdiri dengan/pada zat selainnya – terbang pada burung, tegak pada tugu, kuning warna pada emas dan sebagainya.

Dalil Wujudnya Allah

Baharunya alam adalah dalil adanya Allah sebagai yang menjadikannya. Mengapa  baharunya alam ini menjadi dalil kepada adanya Allah?

“Persoalan ini diterangkan dengan alasan bahawa alam tidak wujud dengan sendirinya tanpa ada yang menjadikannya, kerana alam ini sebelum ia terjadi ia melalui dua keadaan yang keduanya sama, iaitu di antara wujud dan ‘adam (tiada), ia boleh menerima wujud sebagaimana ia boleh menerima ‘adam, keduanya sama martabat tidak ada yang lebih dari yang lainnya, maka jika berlaku wujud umpamanya, maka wujudnya itu mestilah ada yang mentarjihkannya.

Manakala dalil baharunya alam ialah alam adalah susunan daripada jirim-jirim dan ‘arad-’arad, adalah baharu seperti gerak dan diam, kerana gerak dan diam adalah perkara yang berubah-rubah daripada ada kepada tiada dan sebaliknya manakala jirim-jirim pula adalah sentiasa mengiring ‘arad, kerana jirim-jirim tidak boleh sunyi darpada bergerak dan diam, satu perkara yang tidak boleh diingkari bahawa yang melazimi kepada perkara yang baharu ia akan menjadi baharu juga, dengan itu maka jirim-jirim adalah baharu.”(Mudasir Rosder, Asas Tauhid Pertumbuhan dan Huraiannya, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Perkara yang hampir boleh mengeluarkan seseorang itu  keluar daripada  bertaklid dengan pertolongan Allah ialah dengan memerhatikan kepada yang paling hampir iaitu kepada dirinya sendiri, sebagaimana firman Allah (Adz-Dzariyat, 51: 21):

وَفِي أَنْفُسِكُمْ أَفَلا تُبْصِرُونَ

 “Dan pada diri kamu sendiri, apa tidak kamu perhatikan.”

“Maka dengan itu kamu akan mengetahui dengan cara pasti bahawa kamu pada mulanya tiada kemudian diadakan, maka demgan itu kamu ketahui bahawa bagi kamu mesti ada yang menjadikannya, mustahil kamu megadakan diri kamu sendiri, sekiranya kamu dapat menjadikan diri kamu sediri, nescaya kamu akan dapat  mengadakan perkara yang lebih mudah dari diri kamu iaitu diri orang lain, kerana diri orang lain mempuyai persamaan di dalam perkara mumkin…” [Al-Sanusi, ‘Aqidah Ahl al Tauhid al-Kubra]

Tulisan