Tags
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
وبعد
Firman Allah سبحانه وتعالى :
وَلا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا ٢٣إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لأقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا ٢٤(سُوۡرَةُ الکهف: ١٨: ٢٣–٢٤)
“Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu, “Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut), ‘Insya Allah’.” Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa, dan katakanlah, “Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini”. (Surah Al-Kahf: 18: 23-24)
Seseorang yang tidak mengatakan إن شآء الله pada suatu hajat, usaha, janji dan sebagainya yang hendak dilaksanakannya tidak jauh dari kemungkinan dia akan mati sebelum dapat mengerjakannya dan tidaklah pula jauh dari kemungkinan bahawa dia akan terhalang kalau dia memang masih hidup. Maka ketika itu dia menjadi seorang yang kecewa pada hajat atau usahanya dan pendusta terhadap apa yang ia telah janjikan. Kerana itu seseorang dituntut mengucapkan إن شآء الله supaya dia reda dengan ketentuan Allah dan tidak dicap apabila terhalang untuk memenuhi janjinya sebagai pendusta.”
Nas Hadis:
و حَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ بْنُ هَمَّامٍ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ ابْنِ طَاوُسٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ لَأُطِيفَنَّ اللَّيْلَةَ عَلَى سَبْعِينَ امْرَأَةً تَلِدُ كُلُّ امْرَأَةٍ مِنْهُنَّ غُلَامًا يُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقِيلَ لَهُ قُلْ إِنْ شَاءَ اللَّهُ فَلَمْ يَقُلْ فَأَطَافَ بِهِنَّ فَلَمْ تَلِدْ مِنْهُنَّ إِلَّا امْرَأَةٌ وَاحِدَةٌ نِصْفَ إِنْسَانٍ قَالَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ قَالَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَمْ يَحْنَثْ وَكَانَ دَرَكًا لِحَاجَتِهِ
[Shahih Muslim صحيح مسلم 1654 3125, Kitab Iman كتاب الأيمان Bab Pengecualian باب الاِسْتِثْنَاءِ]
Terjemahan hadis: Imam Muslim رحمه الله meriwayatkan:
“Telah menceritakan kepada kami ‘Abd bin Humaid telah mengabarkan kepada kami Abdurrazaq bin Hammam telah mengabarkan kepada kami Ma’mar dari Ibnu Thawus dari ayahnya dari Abu Hurairah dia berkata, “Sulaiman bin Daud (Nabi Allah Sulaiman bin Daud عليهما السلام) pernah berkata, ‘Sungguh aku akan menggilir tujuh puluh isteriku dalam semalam, yang nantinya masing-masing mereka akan melahirkan anak yang akan berjuang di jalan Allah, maka dikatakan kepadanya, ‘Ucapkanlah Insya Allah’. Namun dia tidak mengucapannya, dan dia tetap menggilir mereka semua. Ternyata tidak ada seorang pun dari mereka yang melahirkan kecuali satu orang yang melahirkan anak yang cacat.” Abu Hurairah melanjutkan, “Maka Rasulullah ﷺ bersabda: “Seandainya dia mengucapkan Insya Allah, maka dia tidak akan melanggar sumpahnya dan akan mendapatkan apa yang dihajatkannya.”
Dalam pada itu, bolehkah seseorang mengucapkan, “Saya mukmin إن شآء الله?
Para ulama berelisih pendapat. Menurut ‘Asya’irah boleh sedang menurut Maturidiyyah tidak boleh.
Sebahagian ulama menjadikan perselisihan tersebut lafdzi (bersifat lafaz semata) di mana mereka yang membawa pendapat ‘Asya’irah mengatakan ‘boleh’ jika seseorang yang mengatakan demikian itu memandang pada hari akhirat, dan mereka yang membawa pendapat Maturidiyyah “tidak boleh” apabila seseorang mengatakannya memandang pada masa sekarang.
Justeru, ucapan “Saya mukmin إن شآء الله” pada Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah boleh dengan ittifak (sepakat) jika seseorang mengatakannya memandang pada hari akhirat dan tidak boleh dengan sepakat jika seseorang mengatakannya memandang pada masa kini.
Al-Imam al-Hafizh as-Sayyid Murtadla az-Zabidi (w1205H) dalam kitab اتحاف السادة المتقين بشرح إحياء علوم الدين merumuskan:
إذَا أُطْلِقَ أهْلُ السُّنّةِ وَالجَمَاعَةِ فَالمُرَادُ بِهِمْ الأشَاعِرَةُ وَالمَاتُرِيْدِيَّة
“Bila disebut Ahlussunah wal Jama’ah maka yang dimaksudkan adalah faham yang dirumus oleh al-Imam al-Asy’ary dan al-Imam al-Maturidi”.
والله أعلم بالصواب
ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻚَ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻙَ ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻻَ ﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧْﺖَ ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻙَ ﻭَﺃَﺗُﻮْﺏُ ﺇِﻟَﻴْﻚ
“Maha suci Engkau wahai Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.”
Selanjutnya: Makrifat 5
Balik ke: