Tags

, , ,

cfc169016e6c7c65f01f8dbba5f06c9cالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

وبعد

Lanjutan Aqidah 50 Pengantar 1/6: Kenapa Perlu Makrifat Akan Allah?

Berkata Syeikh Muhammad bin Asy-Syafi’i Al-Fudholi Asy-Syafi’i  رحمه الله dalam memulai risalah Tauhidnya كفاية العوام (Kifayatul Awam):

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله المنفرد بالايجاد و الصلاة و السلام على سيدنا محمد أفضل العباد و على أله و أصحابه أولىى البهجة و الرشاد

”بسم الله (Hamba memulai) dengan menyebut nama Allah الرحمن Yang Maha Pemurah الرحيم  Yang Maha Pengasih (lagi Amat Mengasihani). الحمد  Segala puji لله bagi Allah المنفرد المُنْفَرِدُ yang bersendirian (tiada bersekutu) بِالْإِيْجَادِ dalam menjadikan (ciptaanNya). و الصلاة  Selawat و السلام dan salam على atas سيدنا Penghulu kami محمد Muhammad أفضل العباد hamba yang paling utama وعلى  dan ke atas أله keluarganya وأصحابه dan sahabat-sahabatnya أولىى البهجة  yang mempunyai kebagusan والرشاد dan petunjuk”. انتهى

Dianjurkan memulai pekerjaan, perbuatan yang baik, penting dengan basmalah, tidak terkait anjuran sudah khusus seperti pada permulaan makan, minum, jima’, menyembelih dan sebagainya.

Contoh Basmalah pada amalan yang sudah disunnahkan:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ

حَدَّثَنَا مُؤَمَّلُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ عَنْ هِشَامٍ يَعْنِي ابْنَ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ الدَّسْتُوَائِيَّ عَنْ بُدَيْلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُبَيْدٍ عَنْ امْرَأَةٍ مِنْهُمْ يُقَالُ لَهَا أُمُّ كُلْثُومٍ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فَإِنْ نَسِيَ أَنْ يَذْكُرَ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ

[Sunan Abu Daud 3767  سنن أبي داود  3275  Kitab Adab Makan كتـــــاب أدب الطعام, Bab Membaca Basmalah Sebelum Makan باب التسمية على الطعام]  قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Terjemahan Hadits: Imam Abu Daud رحمه الله meriwayatkan:

“Telah menceritakan kepada kami Muammal bin Hisyam telah menceritakan kepada kami Isma’il dari Hisyam bin Abu Abdullah Ad Dastuwai dari Budail dari Abdullah bin ‘Ubaid dari seorang wanita di antara mereka yang dipanggil Ummu Kultsum dari Aisyah رضى الله عنهما, bahwa Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu makan, maka hendaknya ia menyebutkan nama Allah Ta’ala. Jika ia lupa untuk menyebut nama Allah Ta’ala di awal, hendaklah ia mengucapkan: BISMILLAAHI AWWALAHU WA AAKHIRAHU (dengan nama Allah pada awal dan akhirnya)”.”

Basmalah:

Nas Hadits:

كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لا يُبْدَأُ فِيهِ بِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ أَقْطَعُ

 أَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَلِيِّ بْنِ مَخْلَدٍ الْوَرَّاقُ، وَمُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ جَعْفَرٍ الْبَرْذَعِيُّ ، قَالا : أَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عِمْرَانَ ، أَنَا مُحَمَّدُ بْنُ صَالِحٍ الْبَصْرِيُّ ، بِهَا ، نَا عُبَيْدُ بْنُ عَبْدِ الْوَاحِدِ بْنِ شَرِيكٍ ، نَا يَعْقُوبُ بْنُ كَعْبٍ الأَنْطَاكِيُّ ، نَا مُبَشِّرُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ ، عَنِ الأَوْزَاعِيِّ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لا يُبْدَأُ فِيهِ بِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ أَقْطَعُ ” .

[[Kitab Al-Jami’ li Akhlaq ar-Rawi – al-Khatib al-Baghdadi الجامع لأخلاق الراوي وآداب السامع للخطيب Bab بَابُ: اتِّخَاذِ الْمُسْتَمْلِي Hadis 1236]

Terjemahan Hadits: al-Khatib al-Baghdadi رحمه الله meriwayatkan:

“Telah  menceritakan kepada kami Muhammad bin Ali bin Mukhlid al-Warraq, dan Muhammad bin ‘Abd al-‘Aziz bin Ja`far al-Barza’i,  mereka berdua berkata telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Imran telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Salih al-Basri, Biha telah menceritakan kepada kami Ubaid bin Abdul Wahid bin Syarik telah menceritakan kepada Yakub bin Kaab al-Antaki telah menceritakan kepada kami Mubasyar bin Ismail dari al-Auza’i dari az-Zuhri dari Abu Salamah dari Abu Hurairah (semoga Allah mereda’inya) dia berkata telah bersabda Rasulullahﷺ: “Setiap perkara yang memiliki kepentingan, tidak diawali dengan بسم الله الرحمن الرحيم  maka ia terputus!”

Nama الرحمن dan الرحيم :

الرحمن nama sifat kasih sayang Allah bagi semua makhluk, baik kafir atau  mukmin – berlangsung di dunia;

الرحيم nama sifat kasih sayang Allah hanya untuk orang mukmin sahaja – berlangsung di akhirat.

Tahmid:

Nas Hadits:

كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لا يُبْدَأُ فِيهِ بِحَمْدِ اللَّهِ ، فَهُوَ أَقْطَع

أَخْبَرَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْقَطَّانُ ، قَالَ : حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الْحَمِيدِ بْنُ أَبِي الْعِشْرِينَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا الأَوْزَاعِيُّ ، عَنْ قُرَّةَ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى الِلَّهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لا يُبْدَأُ فِيهِ بِحَمْدِ اللَّهِ ، فَهُوَ أَقْطَعُ ” .

[Sahih Ibnu Hibban 1 صحيح ابن حبان  hadis – dhaif  ضعيف]

Terjemahan Hadits: Ibnu Hibban رحمه الله meriwayatkan:

“Telah mengkhabarkan kepadaku al-Husein bin Abdullah al-Qatan dia berkata telah menceritakan kepada kami Hisyam bin Ammar dia berkata telah menceritakan kepada kami Abdul Hamid bin Abu ‘Isyrin dia berkata telah menceritakan kepada kami al-Auza’i dari Qurrah dari aj-Juhri dari Abu Salamah dari Abu Hurairah dia berkata telah bersabda Rasulullah: “Setiap perkara yang memiliki kepentingan, tidak diawali padanya dengan حمْدِ اللَّهِ  maka ia terputus!”

Berkata Imam Nawawi رحمه الله dalam al-Adzkar:

وروينا في سنن أبي داود وابن ماجه ومسند أبي عوانة والتزويج المخرج على صحيح مسلم – رحمهم الله – عن أبي هريرة – رضي الله عنه – عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال : كل أمر ذي بال لا يبدأ فيه بالحمد لله أقطع وفي رواية ” بحمد الله ” وفي رواية ” بالحمد فهو أقطع ” وفي رواية ” كل كلام لا يبدأ فيه بالحمد لله فهو أجذم ” وفي رواية ” كل أمر ذي بال لا يبدأ فيه ببسم الله الرحمن الرحيم أقطع ” روينا هذه الألفاظ كلها في كتاب الأربعين للحافظ عبد القادر الرهاوي وهو حديث حسن ، وقد روي موصولا كما ذكرنا وروي مرسلا ، ورواية الموصول جيدة الإسناد ، وإذا روي الحديث موصولا ومرسلا فالحكم للاتصال عند جمهور العلماء لأنها زيادة ثقة وهي مقبولة عند الجماهير .انتهى

Imam Nawawi رحمه الله  merumuskan hadits كل أمر ذي بال لا يبدأ فيه ببسم الله الرحمن الرحيم أقطع dan كل أمر ذي بال لا يبدأ فيه بالحمد لله أقطع diterima oleh juhur ulama وهي مقبولة عند الجماهير.

Maksud الحمد لله

حمد ertinya pujian. ‘ال‘ yang ada pada الحمد itu  berfaedah istighraq mencakup seluruh pujian; sedang ل yang ada pada لله itu berfaedah tamlik menunjuk hak milik ertinya semua pujian, apapun itu, dari siapapun dan untuk siapapun, hanyalah milik Allah. Seseorang yang memuji atau dipuji orang lain hakikatnya adalah pujian untuk Allah .

Al-Munfarid bil Ijad (المنفرد بالايجاد)

Maksud “al-munfarid bil-ijad” Ia Allah bersendiri tidak bersekutu dalam perbuatan menjadikan perbuatan hamba, baik perbuatan hamba yang ikhtiari (pilihan) atau idthirari (tanpa dirancang, kebetulan), bersifat baik ataupun buruk meskipun tidak boleh menisbahkan keburukan itu kepada Allah kecuali pada maqam ta’lim membahas Rukun Iman – percaya kepada Taqdir baik dan buruk semuanya datang dari Allah سبحانه وتعالى!

Selawat:

Nas Hadits:

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ فِي كِتَابٍ

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ , قَالَ : نا إِسْحَاقُ بْنُ وَهْبٍ الْعَلافُ , قَالَ : نا بِشْرُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ الدَّارِسِيُّ , قَالَ : نا حَازِمُ بْنُ بَكْرٍ ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ عِيَاضٍ ، عَنِ الأَعْرَجِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ صَلَّى عَلَيَّ فِي كِتَابٍ لَمْ تَزَلِ الْمَلائِكَةُ تَسْتَغْفِرُ لَهُ مَا دَامَ اسْمِي فِي ذَلِكَ الْكِتَابِ ” ، لا يُرْوَى هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ إِلا بِهَذَا الإِسْنَادِ ، تَفَرَّدَ بِهِ : إِسْحَاقُ .

[Mu’jam al-Ausat At-Thabarani المعجم الأوسط للطبراني Hadis 1873 ضعيف]

Terjemahan Hadis: Imam at-Thabarani رحمه الله meriwayatkan:

“Telah menceritakan kepada kami Ahmad dia berkata telah menceritakan kepada kami Ishak bin Wahab al-Alak dia berkata telah menceritakan kepada kami Basyar bin Ubaidullah ad-Darisi dia berkata telah menceritakan kepada kami Hajim bin Bakar dari Yajid bin Iyad dari A’raj dari Abu Hurairah dia berkata telah bersabda Rasulullah ﷺ: “Barang siapa menulis shalawat kepadaku, maka para malaikat akan selalu memintakan ampun untuknya, selama namaku ada pada tulisan itu.”

Menghadirkan basmalah, hamdalah dan selawat oleh Musannif Syeikh Muhammad bin Asy-Syafi’i Al-Fudholi Asy-Syafi’i رحمه الله dalam memulai risalah Tauhidnya كفاية العوام (Kifayatul Awam) adalah bersumberkan sunnah.

Namun Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani رحمه الله  tidak memulai Kitab Fatul Bari (Syarah Shahih Bukhari) dengan hamdalah dan selawat kecuali basmalah sahaja bersandarkan surat-surat Rasulullah kepada penguasa-pengusa bukan Islam (menyeru kepada Islam) di zamannya baginda tidak memasukkan hamdalah dan selawat.

قال الحافظ ابن حجر العسقلاني الشافعي – رحمه الله :[ﻭﻗﺪ ﺟﻤﻌﺖ ﻛﺘﺐ اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺇﻟﻰ اﻟﻤﻠﻮﻙ ﻭﻏﻴﺮﻫﻢ ﻓﻠﻢ ﻳﻘﻊ ﻓﻲ ﻭاﺣﺪ ﻣﻨﻬﺎ اﻟﺒﺪاءﺓ ﺑﺎﻟﺤﻤﺪ ﺑﻞ ﺑﺎﻟﺒﺴﻤﻠﺔ].

Contoh surat Rasulullah kepada Maharaja Rum, Heraclius:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ‏.‏ مِنْ مُحَمَّدٍ عَبْدِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى هِرَقْلَ عَظِيمِ الرُّومِ‏.‏ سَلاَمٌ عَلَى مَنِ اتَّبَعَ الْهُدَى، أَمَّا بَعْدُ فَإِنِّي أَدْعُوكَ بِدِعَايَةِ الإِسْلاَمِ، أَسْلِمْ تَسْلَمْ، يُؤْتِكَ اللَّهُ أَجْرَكَ مَرَّتَيْنِ، فَإِنْ تَوَلَّيْتَ فَإِنَّ عَلَيْكَ إِثْمَ الأَرِيسِيِّينَ وَ‏{‏يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَنْ لاَ نَعْبُدَ إِلاَّ اللَّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ‏

Bismillahir rahmanir rahim. Dari Muhammad, hamba Allah dan Rasul-Nya untuk Heraclius. Penguasa Romawi, Keselamatan bagi siapa yang mengikuti petunjuk. Kemudian daripada itu, aku mengajakmu dengan seruan Islam; masuk Islamlah kamu, maka kamu akan selamat, Allah akan memberi pahala kepadamu dua kali. Namun jika kamu berpaling, maka kamu menanggung dosa rakyat kamu, dan: Hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Rabb selain Allah”. Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).”

Menurut tafsiran Jumhur Ulama: “Selawat itu kalau datang dari Allah maka maknanya  Rahmat dan kalau datang dari Malaikat maka maknanya adalah Istighfar sedangkan kalau datang dari selain mereka maka maknanya adalah doa.” Yang dimaksud dengan ‘selain mereka’ adalah segala yang mencakup Jamadat: iaitu batu, kayu, tanah liat dan lain-lain sebagainya.

Basmalah, hamdalah dan selawat adalah zikir boleh dibaca bila-bila masa dan di mana-mana tempat kecuali pada keadaan yang sudah ditaklif diharamkan.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (١٩٠) ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (١٩١) (سُوۡرَةُ آل عِمرَان:٣ : ١٩١ -١٩٠)

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”. (Surah Ali Imran: 3: 190-191)

Firman Allah سبحانه وتعالى:

(سُوۡرَةُ الاٴحزَاب:٥٦:٣٣) إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. (Surah Al-Ahzab: 33: 56)

اَللَّهُمَّ صَلِّى صَلاتًا كَامِلَةً، وِسَلِّمْ سَلَامًا تَآمًا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْقُرَبُ، وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَآئِجُ، وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَآئِبُ، وَحُسْنُ الْخَوَاتِيمِ، وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْم، وَعَلَى اَلِهِ وصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ

“Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna, dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw, yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu, dan terbukanya kesempitan, serta didatanginya semua hajat, dan diperoleh semua pemberian, serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya), dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan Baginda. Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam”. (Selawat Tafrijiyah – Guru hamba almarhum Bapa Kiyai Fathullah Harun menganjurkan dibaca 11 kali selepas sembahyang fardhu dan 41 kali selepas sembahyang Fardhu Subuh – Risalah Azizul Manal)

Selanjutnya Aqidah 50 Pengantar 3/6: Musannif Menamakan Risalahnya “Kifayatul Awam” (Kecukupan Bagi Orang Awam Pada Perkara Yang Wajib Atas Mereka Dari Ilmu Kalam)

والله أعلم بالصواب

ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻚَ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻙَ ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻻَ ﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧْﺖَ ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻙَ ﻭَﺃَﺗُﻮْﺏُ ﺇِﻟَﻴْﻚ

“Maha suci Engkau wahai Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.”

Tulisan

المتون كفاية العوام